Pages
56
Tampil berdiri ke hadapan saudara // Memegang keris Kandayan Sutera Terlalulah takut Ken Lamlam Arsa // Dipeluk oleh Jaran Temasa
Terlalu kasihan kepada rasa // Hendak dibujuk malu basa Tiada dibahananya orang yang datang // Kepada isterinya juga yang dibimbang
Tiadalah lepas daripada dipandang // Sebelah tangan keris dipegang [..m?] menengar Gagak Rajasa // Habisnya lari tiada berasa
Pecah belah banyak binasa // Takutkan muda yang perkasa Ada yang jatuh tombak lembingnya // Jatuh keris daripada tangannya
Terlalu takut kanda rasanya // Tiadalah berani menentang matanya Seorang pun tiada lagi bertahan // Tinggalkan muda tiada berlawan
Katanya adinda marilah tuan // Orang pun lari tiada berketahuan Berjalan keluar ketiga // Lalu bertemu dengan Renjaka
Duduk bersembunyi di balik angsoka // Terlalu pucat warna muka Berjalan pulang Jaran Temasa // Sambil memimpin Ken Lamlam Arsa
Hantar oleh [-oleh?] Gagak] Rajasa // [makalah tuan wajah gemilang] Sampai ke taman penglipur Arsa
57
Berkata akan adiknya seraya memandang // Masuklah tuan wajah gemilang Kakak hendak kembali pulang // Tuan jangan berhati walang
Ingat-ingatlah duduk [?] adinda // Jangan lalai dengan bersenda Jika sesuatu jalan ada // Tuan suruhlah beritahu kekanda
Jaran Temasa menyembah pada saudaranya // Gagak Rajasa pulang ke rumahnya Terlalulah sangat sukacitanya // Ken Lamlam Arsa diangkat diribanya
Dibujuk dengan kata yang manis // Seperti sakar madu kandis Hendak dicium ia memalis // Menambah manis sangat manjalis [majelis]
Terlalulah suka rasa kakanda // Oleh bertemu dengan adinda Aria Ningsun bangsawan muda // Sampailah maksud di dalam dada
Tuanku nyawa bidadari // Seperti tuan sukar dicahari Yang kekanda cintakan sehari-hari // Takut kakak mati di dalam berahi
Tiada bertemu dengan tuan // Kasih kakak pun tiada berketahuan Lamun di hadapan muda bangsawan // Sukalah kakak emas tempawan
Sampailah seperti kaul kekanda // Hendak mati di hadapan adinda
...tiadalah walang
58
Tiadalah walang di dalam dada // Ingin [?] dibunuh oleh baginda
Kerana ningsun emas juwita // Beta menyanjung murka [Sang Nata]
Itupun tiada kekanda cinta // Adalah teman mati beserta
Kerana kakak orang derhaka // Mengambil maknikam di mulut naga
Bunga diambil dalam duri belaka // Tuan kasihan apalah kakak
Daripada kasih kekanda akan tuan // Tiada kakak cita akan kematian
Tiadalah sayang akan nyawa dan badan // Kerana rupa emas tempawan
Tiada ada manis kelakuan // Hanyalah ingsun muda bangsawan
...? himpunan paras hanyalah tuan // Jiwaku mustika segala perempuan
Cahari seluruh di Tanah Jawa // Tiada bandingan utama jiwa
...[per?] mata kekanda tiadalah dua // Patutlah tempat membuang nyawa
Tuan umpama laut madu beranta // Kekandalah semata yang melata
...? pada sangat sukacita // Berenang di laut matilah beta
...? tuan yang seketika // Supaya hati kekanda suka
.. Nyawa kekanda akannya harga // Tuan pandang apalah kakak
59
Hanyalah sedikit yang kekanda cinta Tiadalah lama tuan berhambakan beta Belum puas berkasih kita Memandang ningsun emas juwita
Jiwa kekanda muda bangsawan Tegur apalah kekanda nan tuan Jika kakak mati di medan Kafani dengan bekas tubuh tuan
Siram dengan air mata juga Umpama bermimpi memandang kakak Tuan kenangkan kasih seketika Jiwaku jangan menaruh duka
Jika tuan tak suka membelai serta Kadar tangisi mayat beta Bekalkan kekanda dengan air mata Kerana kakak orang yang hina lata
Belas hati Ken Lamlam Arsa menengar kata Jaran Temasa Tunduk menangis pilu rasa Hendak berkata malu basa
Seperti disahut dengan air matanya Suatu pun tiada apa dikatanya Berfikirlah ia di dalam hatinya Aku pun tiada hidup rasanya
Sudahlah untung apakan daya Kehendak dewata mulia raya Jika hidup pun aku sia-sia Baiklah mati bersama dia
Kasihanlah hati Jaran Temasa Melihat isterinya Ken Lamlam Arsa
60
Layu seperti taruk rajasa Dipeluk diciumnya belas rasa
Bertemu mulut sepah diberi Kasih sayang tiada terperi Telah siang sudahlah hari Mandi berlimau laki isteri
Memakai serupa laki isteri Seperti indera dengan bidadari Duduk di balai kembang sari Di(h)adap hamba sahaya sendiri
Hidangan nasi diangkat oranglah Jaran laki isteri pun makanlah Makan sedikit lalu sudahlah Jarang Temasa pun basuh tanganlah
Makan sirih pada jorongnya Sepah disuap pada isterinya Memakai bau-bauan harum baunya Didukungnya masuk ke tempat tidurnya
[...kuannya] laku seperti sang samba Dipeluk dicium sambil di riba Aria ningsun Dewi Segerba Kakak nan sudah menjadi hamba
Bersenda berguru dengan sukacita Dibujuknya dengan kata-kata Tuanku nyawa emas juwita Tuan kasihan apalah beta
Janganlah tuan bersedu-sedu Durja yang manis berupa pilu Tegurlah kakak dengan suara merdu Akan ubat hati yang rindu