Pages
6
Katanya Renjaka tiadalah dipercaya / Berjanjian dengan orang yang mulia Beta juga kena perdaya / Kehendak Dewata Mulia Raya
Beta nan orang yang hina papa / Berjanji dengan orang yang baik rupa Lamun sudah berjumpa / Pura-pura tuan berbuat lupa
Pandai menipu utama jiwa / Beta juga yang boleh kecewa Keduanya sama suka tertawa / Pemelayan hairan menengar jua
Katanya apa kerja beta sekarang / Disuruh panggil berulang-ulang Bangatlah beta hendak pulang / Kerana hari hampirkan petang
Oleh Jaran Tamasa diunjukkan / Bunga Pandan(1) anak-anakan Katanya bawa tiga nan berikan / Kepada tuanmu engkau sampaikan
Lalu disambut oleh pemelayan / Seraya berkata apa ini tuan Jaran Tamasa berkata inilah permainan / Pada Ken Lamlam Arsa kakak berikan
Pada hati pemelayan sungguhlah juga / Lalu ia pulang membawa tiga Didapati duduk bertiga / Bersama dengan Ken Tana Rangga
Adapun akan Ken Lamlam Arsa / Duduk di batu di bawah rajasa(2)
7
Dinaungi oleh pohon semendarasa / Seperti payung naung sentosa
Duduk bersama saudaranya kedua / Di[h]adap hamba sahayanya jua Bersenda bergurau suka tertawa / Cantik menjelis manis se[m]bawa
Pemelayan pun datang membawa anakan / Duduk menyembah sambil bertelekan Tiga itupun diunjukkan / Ini konon permainan tuan
Daripada Kiai Jaran Tamasa / Disambut oleh Ken Lamlam Arsa Di dalam hatinya di mana ia biasa [?] / Seperti diberitahu kepada rasa
Dilihatnya tersurat kepada tiga / Dibaca di dalam hatinya juga Kidungan pemujuk berbagai aneka / Perkataan yang membelas hati belaka
Tiga itupun dibuangkannya / Diambil Ken Sila Wati dibacanya Tahulah ia akan ertinya/ Jaran Tamasa berahi akan saudaranya
Ngeran tak dapat ditahani / Katanya apa perangainya begini Mengapa engkau sangat berani / Membawa surat demikian ini
Tiada sekali engkau nan gentar / Kepalamu itu kelak terputar Jika termasyhur kelak khabar / Pemelayan pun takut tubuh gementar
Hatinya berdebar...
8
Hatinya berdebar tiada berketahuan / Ia menyembah dengan ketakutan Seraya berkata perlahan-lahan / Tiada tahu yang demikian
Tuan ampun apalah dosa / Kerana beta tiada periksa Sebab perangai Kiai Jaran Tamasa / Beta kelak yang merasa
Katanya tadi permainan juga / Jadilah berani membawa tiga Tiada sekali beta nan sangka / Yang demikian datang celaka
Lalu berkata Ken Sila Wati / Jangan dua kali demikian pekerti Jika lagi engkau dapati / Nyawamu kelak merasai mati
Ken Tana Rangga pun berkata / Pada hambanya yang ada serta Janganlah kamu memecahkan warta / Kalau kedengaran pada Gajah Seberata
Jadilah kelak huru-hara / Jika ditahunya akan saudara Orang tahu sahaja perangai segala / Marahnya tiada dengan berbicara
Adapun akan Jaran Tamasa / Tersandar di bawah pohon rajasa Rambut yang ikal kusut basah / Menantikan penyuruh(*) Ken Lamlam Arsa
Dinantinya datang tiada datang / Keluh kesah terlalulah bimbang
9
Termangu-mangu laku tercengang / Renjaka berkata dari belakang
Katanya baik tuan silakan / Sudah tengah hari belum tuan makan Apa juga tuan gundahkan / Jangan sangat tuan turutkan
Jaran Tamasa berkata seraya mengeluh / Rasa hatiku hancur luluh Seperti bisa akan ipuh(1) / Berkata seraya menyapu peluh
Malas makan rasaku kekanda / Tiada sedap di dalam dada Seperti orang terkena guna(2) / Sudah untungku sekianlah ada
Renjaka pun mengeluh seraya berkata / Penyakit tuan tahulah beta Jangan tuan sembunyi kepada beta / Kerana Ken Lamlam Arsa tuan cinta
Jangan menurut hati sendiri / Baiklah itu tuan beristeri Beberapa banyak anak menteri / Yang baik paras tuanku cahari
Kerana Ken Lamlam Arsa itu / Bukankah sudah diambil ratu Dijadikan gundik sudah bertentu / Habis bicara beta di situ
Tiada dapat tuan duduk dengan dia / Kalau tuan beroleh bahaya Tuan kelak terkena pada dia / Dijauhkan Dewata Mulia Raya
10
Telah menengar kata pengasuhnya / Tunduk bercucur air matanya Di dalam hati sungguh katanya / Benar sekali seperti pengajarnya
Jika kuturut seperti kehendakku / Tiada akan hidup lagi aku Apatah lagi akan dayaku / Kehendak dewata sudah berlaku
Dipadam-padamkan daripada hatinya / Berapa dihilang daripada citanya Makin teringat akan rupanya / Hendak matilah kepada rasanya
Tiada berketahuan hendak dibicara / Tiada di mana tempat berkira Jika kedengaran pada Seri Betara / Pekerjaan ini beroleh cedera
Katanya kekanda apa kesudahan / Matilah aku dengan hal demikian Inilah rupanya jalan kematian / Nasibku sudah gerangan sekian
Jika baik hatiku gerang / Inginlah aku mati sekarang Musuh pun tiada datang menyerang / Supaya matiku di dalam berperang
Hidup pun tiada beroleh suka / Biarlah mati daripada derhaka Memberi kepiluan adik dan kakak / Kerana aku memberi duka
Renjaka pun belas menengarnya / Hancurlah hati memandang tuannya