8

OverviewTranscribeVersionsHelp

Here you can see all page revisions and compare the changes have been made in each revision. Left column shows the page title and transcription in the selected revision, right column shows what have been changed. Unchanged text is highlighted in white, deleted text is highlighted in red, and inserted text is highlighted in green color.

6 revisions
FarisJoraimi at Oct 26, 2017 05:14 PM

8

Hatinya berdebar tiada berketahuan[?]
Ia mengambil dengan ketakutan
Merayu berkata perlahan-lahan,
"Tiada tahu yang demikian

Tuan ampun apalah dosa
Kerana beta tiada periksa
Sebab perangai Kiai Jaran Temasa
Beta kelak yang merasa."

Katanya tadi permainan juga
Jadilah baran [m-m--y-a-u] tiga
"Tiada segala beta nan sangka
Yang demikian datang celaka."

Lalu berkata Ken Sila Wati,
"Jangan diwakil[?] demikian pekerti
Jikalah Kiai Angkawa dapati
[y/b-a-w-a-m-k/g-a/l-q/t/ng] merasai mati."

Kintana Rangga pun berkata,
"Pada hambanya yang ada serta[?]
Janganlah kamu memecahkan warta
Kalau kedengaran pada Gajah Seberata

Jadilah kelak huru-hara
Jika ditahunya akan saudara
Orang tau sahaja perangai segala
Marahnya tiada dengan beri cara/berbicara."

Adapun akan Jaran Temasa
Tersandar dibawah pohon rijasa
Rambut yang ikal kusut basah
Menantikan [p-i-w-r-h] Ken Lamlam Arsa

Dinantinya datang tiada datang
Kelah kesah terlalulah bimbang

8